SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM

Kolej Vokasional Kulim(KVK) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokaisonal Kulim(SMVK) pada tahun 1986. Lokasi kolej ini terletak di Jalan Junjung, Kulim, Kedah di atas tapak seluas 35 ekar. Pada tahun 1996, kolej ini distrukturkan menjadi Sekolah Menengah Teknik Kulim dan kolej ini telah distrukturkan semula menjadi Sekolah Menengah Vokasional Kulim(SMVK) pada tahun 2011. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kolej Vokasional sejajar dengan transfomasi pendidikan vokasional di negara serantau. Inisiatif ini diambil untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang kemahiran yang berkembang seiring dengan pembangunan negara Malaysia. Pada tahun 2013, SMVK telah dipilih untuk menjadi Kolej Vokasional Kulim. Syarat kelayakan untuk memasuki kolej ini adalah warnegara Malaysia.Kedua, calon Tingkatan 3 yang telah menduduki PT3 pada tahun 2014 dan seterusnya. Mereka harus mendapat sekurang-kurangnya Band 3 bagi PBS, PAJSK dan psikometrik. Selain itu, tahap kesihatan mereka juga diambil kira bagi memuhi syarat kelayakkan mereka mesti sihat tubuh badan dan tidak buta warna. Setiap calon boleh memilih salah satu kursus yang ditawarkan. Permohonan boleh dipohon secara online. Bagi mereka yang mahu membuat rayuan mereka bolehlah datang terus ke kolej unutuk membuat rayuan selepas keputusan diumumkan. Pelbagai kemudahan yang disediakan di kolej ini termasuklah asrama, pusat sumber, pusat akses, bilik media dan sebagainya. Tiga buah blok asrama putera dan dua buah blok asrama puteri telah disediakan untuk kemudahan para pelajar. Pusat Sumber sekolah turut disediakan untuk memudahkan para pelajar mencari bahan dan maklumat tambahan mengenai pelajaran mereka.