OBJEKTIF JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
- Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan yang melibatkan pelajar.
- Merancang, mengurus, mengawal dan memastikan pengurusan pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah.
- Menyedia segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang mengambil peperiksaan.
- Memproses dan mengeluarkan keputusan dan sijil semua peperiksaan kepada pihak yang berkenaan sebaik sahaja diterima daripada badan-badan peperiksaan.
- Menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian calon dalam semua peperiksaan dan menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak panitia dan pentadbiran.
FUNGSI JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
- Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Menjalankan proses pendaftaran peperiksaan awam mengikut prosedur.
- Menyemak pendaftaran peperiksaan yang dikendalikan dengan teliti
- Menerima, menyimpan, menyemak dan mengedar kertas soalan peperiksaan awam mengikut prosedur keselamatan
- Menyampaikan keputusan peperiksaan awam ke tangan calon dalam keadaan teratur dan betul
CARTA ORGANISASI

