SINOPSIS PROGRAM

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi teknologi komputer dalam aplikasi web. Program ini turut memberikan tumpuan kepada pembangunan multimedia, pengurusan, e-dagang, pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi web dan pemasangan serta konfigurasi sistem pengurusan pangkalan data. Selain itu, peningkatan kemahiran dan pengetahuan pembangunan aplikasi web mengikut keperluan pengguna turut diterapkan.

Matlamat Program Diploma Teknologi Komputeran ialah untuk membentuk Pengaturcara dan Pembangun Sistem yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

PROSPEK KERJAYA

  • Pengaturcara Aplikasi Mudah Alih
  • Penolong Jurutera Perisian
  • Pembangun Laman Web
  • Penolong Pengurus Projek
  • Pembantu Pengaturcara Sistem
  • Penolong Ketua Teknologi Maklumat
  • Pentadbir Sistem
  • Usahawan

CARTA ORGANISASI